Pages

Banner

Tuesday, February 12, 2013

Bagaimana Nak Menjual barang di Internet

Salam pagi Rabu, buat semua rakan-rakan. Sempena Chinese New Year ni, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan yang menyambut Chinese New Year.

Di permulaan hari rabu ni, saya nak berkongsi cerita mengenai menjual barang di internet, kebetulan cuti yang panjang ni, dan bila berkesempatan jumpa rakan-rakan dan saudara-saudara, ramai yang bertanyakan bagaimana nak jual barang di Internet, saya pun cerita la, apa yang saya tahu, kebetulan dulu saya juga salah seorang pengajar untuk subject e-commerce, dan masa tu saya tak buat apa-apa pun dengan knowledge yang saya ada, saya ajar orang, tapi saya tak buat, kini saya cuba nak aplikasikan pengetahuan tu di dunia internet sebenar. Bagaimana berniaga di Internet?

Ok untuk dunia Internet ni, sebenarnya bukan lah lebih mudah, tetapi tidak sesusah macam business konvesional, tapi memerlukan usaha juga untuk berjaya, bukannya, hari ni setup blog/FB, hari juga boleh terus meletup, kena SABAR, dan guna kan internet tu sebaiknya. Alhamdulillah, ada juga yang saya ajar, berjaya, dan tak kurang juga yang tak berjaya, Apa pun itu dah jadi usaha masing-masing. saya hanya mencurahkan apa yang saya tahu, kemudian adalah usaha masing-masing, saya kini pun masih  dalam usaha untuk memperbaiki diri.

Sebenarnya untuk berniaga di internet ni tak semestinya memerlukan barang berbentuk digital, tetapi juga barang-barang berbentuk fizikal, dan juga makanan. Haaa..Makanan pun berupaya di jual dinternet, Tak Percaya??? nanti saya masukan tentang entry rakan yang berjaya berniaga makanan di Internet.

Internet ni sebenarnya adalah ruang untuk mempromosikan barang, dan juga kedai, terpulang kepada owner nak jual apa produk pun, asal pandai gunakan Internet untuk promosikan produk masing-masing, dan tunggulah hasilnya.

Salah satu medium yang digunakan ialah Blog/website dan juga FB, kenapa? kerana ini merupakan medium terhangat abad ini, macam mana? cuba kalau kita pergi melancung ke mana-mana sekarang ni, contohnya nak cari tempat makan, dimana ruang yang selalu kita tanya? bukan kah search engine google, yahoo dan macam-macam lagi? kemana dia akan pergi??mestilah blog atau FB kan, so ini merupakan platform yang telah sedia ada untuk anda promosikan produk anda, mungkin bukan hari ni, mereka nak cari, mungkin satu hari nanti, sebab tu perlukan KESABARAN, yang penting sentiasa update dengan info-info berguna untuk kemudahan orang ramai.

Tips pertama.
Perlu ada produk untuk diniagakan, tak kira la E-Book ke, service ke, atau produk nyata.

Tips kedua
Buat /develop FB/Blog/website terpulang nak yang free atau berbayar. kalau ada budget bayar la, senang nak maintain dan banyak features yang advance bila bayar ni.

kalau yang berbayar modal hanyalah untuk
1. beli domainname :RM30++
2. Sewa hosting : RM100++ setahun, bergantung kepada jenis hosting dan features yang disediakan.

Kalau nak Free
1. pergi je ke blogspot.com reg dan terus guna


Tak pandai nak buat Blog/FB?
Untuk yang baru nak mula, jangan risau, di internet ni terlalu banyak ruang yang menyediakan service untuk anda buat semua ni. ada yang free seperti blogspot.com dan ada yang berbayar seperti di http://murahnya.my/ pilihan di tangan anda. anda nak anda cuba, dan rasai sendiri.

Tips Ketiga
Buat Promosi, macam mana?? haa ni part paling penting..kalau nak business, yang ni tak buat, susah la sikit, macam mana orang nak tahu. takkan nak reg dan tunggu sahaja, so kena ada usaha, kena kerja la...

Tajuk
Ok untuk Blog atau website, untuk permulaan ni kena rajin sikit buat artikel, at least 4 artikel setiap hari..huii..banyakkan??? alah..cari la apa-apa cerita yang sesuai masa kini, yang selalu orang cari untuk dijadikan bahan, dan kemudia, buat tajuk dengan menggunakan keyword yang orang selalu cari, antaranya, mulakan dengan persoalan bagaimana, dimana, apakah. kerana tajuk ini yang selalu akan di Ping oleh search engine untuk dicari, ada rezeki akan kena dengan tajuk kita kan.

Artikel
Penulisan artikel juga penting, jangan nak gunakan bahasa yang susah sangat orang nak baca, shortform2 tu cuba kurangkan, buat macam karangan biasa, tetapi dekat dengan audience.

FB
Sama Juga dengan FB, update dengan info yang menjadikan orang selalu suka untuk baca, bila dah selalu suka singgah, kita selitkan la dengan produk kita secara tak langsung mereka mengetahui produk kita.

cuba tengok Irfan Khairi (Jutawan Internet) punya Page FB, dia selalu update tentang motivasi, yang menyebabkan ramai orang copy dan share status dia, kemudian beberapa ketika dia akan post tentang produk dia, (Diploma pemasaran internet). secara tak langsung dia masih buat marketing sendiri walaupun dah bergelar jutawan.

Tips Ke-empat
Buat promosi, untuk galakan orang membaca blog atau artikel yang kita post.
haa ni juga antara promosi yang penting, macam mana??

Blog
1. cara paling senang dan kita tahu traffic paling tinggi ialah Facebook, kerana dalam tu sahaja kita dah punya Beratus, malah beribu friends yang mungkin nampak apa yang kita post, dan mungkin baca.

2. Cari mana-mana blog, baca artikel mereka, dan kemudian komen dalam status komen mereka, join jadi follower mereka, mungkin nanti mereka pula atau rakan-rakan follower mereka akan ikut blog anda pula.

Untuk FB pula,
1. Sentiasa tambah rakan baru dalam FB anda, kalau yang personal, tapi tambah at least 5 orang sahaja sehari, jangan lebih, nanti FB block akaun anda, sebab dia ingat spam, kalau add lebih dari 10 orang sehari.

2. Kalau Page pula, cuba dapatkan Like yang banyak setiap hari, buat FB ads, bayar dekat FB untuk dia dapatkan mereka yang betul2 minat dengan produk anda untuk Like, baru anda dapat customer yang berkualiti. sebab bila kita dapat banyak LIKE ni, contohnya kita ada 1000 LIKE, bermakna kita akan spread kan info kita kepada 1000 orang, so dekat situ kita dah jimat untuk promosi secara konvesional. contohnya kita nak edar flyers kepada 1000 orang kita akan di caj sebanyak RM70.00 tapi di FB, Free Of Charge. (FOC)

Ok, setakat itu dulu untuk kali ni, bagi yang baru nak cuba-cuba buat, saya harap info ni berguna untuk permulaan, buat yang ni dulu lepas tu baru, dah settle esok  kita boleh pergi ke advance step. kalau banyak sangat takut tak terikut...buat yang ni dulu. tunggu next artikel tentang mereka yang berjaya jual makanan dengan FB.



15 comments:

KelapoGoncangPanchang said...

wah..sangat berguna pada sey yang masih cetek IT ni. huhu..Thanx admin!

Nizam said...

You Are welcome

Shamshul Kamar said...

Anda juga perlukan motivasi yang tinggi. Bina kepercayaan pelawat blog anda juga wujudkan artikel pada keyword tertentu yang disasarkan. Baru mudah untuk orang menjumpai blog anda. Syabas atas info diatas admin.

Nizam said...

Thanks Shamshul Kamar, terima kasih diatas komen anda, akan diperbaiki lagi nanti. Thanks A lot...

neorise said...

good tips

Assalamualaikum tuan/puan,
Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Kedah
Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html
SUSU KAMBING / KOPI SUSU KAMBING / GOAT MILK / GOAT MILK COFFEE

RM 22 for 20 sachets

Postage cost : RM 8

Total cost : 30

To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com

Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA

http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/susu-kambing-kopi-susu-kambinggoat-milk.html
Kopi Nanduk GOLD
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/kopi-nanduk-gold.html
http://www.bio-asli.com/?id=neorise
www.bioasli.com/?id=neorise
www.tvbioasli.com/?ref=neorise
www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise
http://hartanahpropty.blogspot.com/

Unknown said...

saya orang islami gan

Anonymous said...

Click disini :
http://www.rm20segera.com/?r=afeyf92

Azrie Hizad said...

Hey, try http://clashofclanshelper.com/ - I got free Clash of Clans gems here! Get yous too in less than two minutes!! It rocks!!(UiK22lEBud)

Unknown said...

terima kasih untuk tips yang diberi. banyak membantu saya untuk memulakan bisnes online saya. :-)

Unknown said...

saya baru buat blog seminggu lebih, info admin sangat berguna. Terima Kasih

Unknown said...

Saya baru dalam penggunan blog untuk berniaga. harap blh tlg promote saya punya blog.

http://preciousonlineshopping.blogspot.com/

Diet Diet Sihat said...

lepas ni kena amalkan tips ni, bagus betul

Jom ramai-ramai datang MYBLOGFEST

izyan said...

terima kasih kerana beri info yang berguna

Nurul + Nordin said...

singgah sini mencari ilmu..
terima kasih atas ilmu yg diberikan..

http://em-collection.blogspot.com/

anugerah said...

thanks for the good tips :) sesape yang berminat dengan kasut vibram and barangan corelle boleh visit blog saye

http://theanugerahmentari.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...