Pages

Banner

Saturday, August 11, 2012

Iftar bersama rakan-rakan.

Assalamualaikum...

Selesai sudah iftar bersama rakan-rakan yang pernah bersekolah bersama-sama dengan kami, suami isteri semalam yang dibuat Bandar Sri Putra, majlis berlangsung di rumah salah seorang kenalan. Tahun-tahun lepas, kami buat majlis berbuka di restoran atau mana-mana hotel yang menyediakan hidangan buffet, tapi dulu berbuka hanya 2 orang sahaja, suami isteri, tanpa anak-anak..boleh la.

Bermula tahun lepas, ramai yang dah menyedari bahawa anak-anak semakin membesar dan cuba inginkan kebebasan yang lebih sedikit dari biasa, so kami cadangkan untuk berbuka di rumah salah seorang kenalan, lebih mudah untuk mengawal dan selesa untuk semua untuk berbuka puasa. kalau tak....aku pasti aku pun tak boleh makan dengan senang, dengan si dia yang nak berlari kesana kemari....

Konsep majlis berbuka ini ialah "pot luck" so setiap orang akan membawa sedikit makanan, walaubagaimanapun, sedikit tu kalau dah beberapa family yang datang,,fuhh penuh meja, macam lauk buffet kat hotel juga lagaknya..kekenyangan kami, lauk tetap macam biasa, tak habis...tapi muka masing-masing macam puas, Alhamdulillah, boleh makan, anak-anak boleh main....hampir semua orang anak hampir sebaya, so takde masalah sangat dari segi bermain.

selesai makan, selesai solat, masih ada yang sambung lagi...lauk banyak la katakan...nak buang membazir, budak-budak sampai lupa nak makan, leka bermain...macam-macam ragam...seorang tak boleh tak nampak ayah, tapi dalam masa yang sama nak ikut emak pergi solat, bila duduk dengan ayah, tak boleh tengok emak pergi solat, so macam mana?hehe...yang sorang terkejut tengok orang ramai sangat kat rumah, sampai tak main...berdiri je tengok orang main mainan dia...(anak tuan rumah ni). yang lain-lain belasah je main, lupa kejap kat mak ayah masing2.

Sambil duduk bersembang tu...topik perbualan kami sang suami-suami, beralih-alih...dari topik isu semasa, persiapan raya, rumah, tempat kerja, dan anak-anak...sentiasa bertukar ganti..cuma bezanya, dulu sembang part anak-anak ni jarang keluar, tapi sekarang dah keluar, semua baru berpengalaman ada anak. ada yang dah ada dua, dan tak kurang juga masih satu...sungguh pun begitu..mata masing-masing duk perati tengok anak-anak duk bermain, yelah takut-takut terlebih excited...

sembang-punya sembang jam dah dekat pukul 10.00 lebih, budak-budak ada yang dah berhenti bermain, yang hisap susu, yang tengok Tv, tapi anak aku tetap bermain..dia ni memang takkan berhenti bermain sampai dia tertidur sendiri dengan mainan dia....atau kena paksa tidur..aku rasa yang paling lasak malam tu nampak gaya anak aku, siap lompat dari sofa, orang lain tak buat pun, lepas dia buat tu ada jugak yang mengikut...naik tangga sampai tingkat atas (yelah rumah sendiri tangga kat luar rumah)...

Yang pasti aku akan rindukan waktu ini..waktu melihat anak-anak membesar dengan sihat..sungguh pun penat terjerit2 melarang buat benda-benda yang tak patut, tapi itulah lumrah kanak-kanak, walaupun yang lain nampak macam ok...(tapi aku nampak ada jugak yang kena cubit ngan mak ayah sebab duduk tak diam)...macam-macam ragam dan cara orang mendidik anak...walaupun setiap kali selepas marah anak-anak, hati aku akan turut terguris kerana terpikirkan betulkah tindakan aku ini?..tapi terpulanglah...yang pasti doa untuk anak-anak membesar dengan sihat, menjadi insan yang baik dan soleh atau solehah, pandai, mendengar nasihat akan sentiasa di bibir setiap ibu bapa.

sekian wasalam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...