Pages

Banner

Wednesday, June 19, 2013

Rezeki yang dicari...

Alhamdulillah, masih bernafas sehingga saat ini, saat terindah ialah apabila kita dapat bangun pagi ini dan menghirup udara ini, itulah rezeki yang tak terhingga. Dapatkah kita bayangkan yang satu hari nanti kita bangun tapi bukan di alam maya ini?...huh masih takut walaupun itu adalah pasti...kerana kita manusia yang lemah, yang sememangnya lemah dalam dugaan hidup ini, yang memungkinkan kita lupa kepada Nya.

Rezeki kita tidak terhad kepada harta yang dicari, umur juga adalah rezeki, kesihatan juga adalah rezeki, ilmu juga adalah rezeki kepada kita...cuma kadang-kadang kita tak pernah bersyukur untuk semua kurniaan ini.

begitu juga dengan perniagaan ini, kita tidak semestinya mengharapkan rezeki itu datang dari keadaan dimana orang datang membeli kepada kita. anggaplah segala yang berlaku disekeliling kita umpama rezeki yang Allah kurniakan kepada kita tanpa kita sedari. kerana memberi rezeki kepada orang lain juga mengundang rezeki kepada kita. Mungkin bukan hari ini, mungkin satu hari nanti ada orang lain yang boleh atau mampu memberi yang terbaik buat kita.

Teringat kata-kata oleh DAO dalam beberapa siri jelajahnya, untuk jadi kaya dalam business adalah bukan kita berjual.





Apakah kita hari ni sudah cukup membantu orang lain?? fikir-fikirkan....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...