Pages

Banner

Thursday, September 5, 2013

Isu Minyak naik 20 sen


Fuhh..isu panas minggu ni, saje nak panaskan dengan gambar...rata-rata semua menyatakan pendapat masing-masing, ada yang tak puas hati, ada yang menyokong dan ramai juga yang jadi silent reader, yelah nak cakap apa dah, dah nak naik, naik jugak, bising pun tak guna kata mereka. Betul juga, bukan kita boleh buat apa pun, cuma sekarang ni pada aku beza sikit, dulu yes, memang tak boleh buat apa, tapi sekarang, apa sahaja komen dan pendapat mungkin boleh diketengahkan, tengok sahajalah media sosial, terus boleh komen kepada Perdana Menteri tanpa perlu ada batasan, aku pasti setidak-tidaknya beliau pasti akan terbaca walau sebaris dua. walaupun FB beliau di jaga oleh pegawai lain.


Berapa ramai yang hantar komen ketidakpuasan hati berkenaan isu minyak naik ni. Bukan nak jadi aktivis sangat, tapi ramai yang rata-rata tahu macam mana susahnya hidup ni dengan kenaikan harga yang macam-macam ni, gaji tak naik-naik, especially private. bukan nak tunjuk kita tak sokong kerajaan tapi tak suka dengan kenaikan ni, ramai bijak pandai kat luar juga bagi komen ada cara lain yang boleh diketengahkan cuma perlulah untuk dengar pandangan. yang komen juga bukanlah orang susah pun cuma orang susah tak berani nak komen, sebab tulah ramai yang nak bantu mereka yang susah nak komen utk ketengahkan idea tu. rata-rata bukan yang celik IT, kerja kasar, yang tak mampu beli laptop nak komen, setakat baca paper jelah hari-hari, sedih dengar isu minyak ni, tapi tak terluah sebab konsep penyampaian tu takde. Macam ada satu sajak berkenaan minyak naik ni.. sini.


Aku perasan ramai yang komen tu pun bukannya pembangkang semata-mata, ada juga dari kalangan penyokong kerajaan,sebab ini bukan politik, aku fikir kalau pembangkang jadi kerajaan juga kalau mereka naikan harga sekalipun isu yang sama pasti akan timbul, dan ramai juga yang bakal melenting atas kenaikan ini, tapi cara masing-masing komen menjadikan diri kita nampak seolah-olah macam susah untuk berfikir. Ayat biasa bagi seorang yang menyokong isu kenaikan yang tak boleh diterima secara batiniah ialah

"Alah RM0.20 sen je naik. kerja la kuat sikit, cuba berjimat sikit, KFC mahal boleh makan, takkan naik minyak RM0.20 tak boleh"
"Ulat dalam batu pun boleh hidup"
"Siapa suruh pakai kereta, beli lah motor"
"lepas ni naik public transport je kalau susah-susah sangat apa ade hal"
"Rezeki tu Allah bagi, kena usaha lebih sikit la"..
"Dasar pembangkang tau nak membangkang jer"

Pada aku ini ayat yang buat ramai orang marah, dia tak sedar, dia ingat dia boleh marah orang lain yang kononya tak pandai berjimat dalam perbelajaan seharian, siap ajar macam mana nak berjimat lagi.

"kenapa aku boleh belanja sebulan RM150 untuk barang dapur"
"kalau dah tahu balance duit cukup2 RM100 je dalam poket lepas belanja, cari lah alternatif lain untuk tambah pendapatan"
"Cuba stop pakai handphone smart phone tu, jual pakai handphone biasa-biasa jer, boleh bayar duit minyak tu"
"carilah kerja part time, buat OT lebih sikit, jangan lah malas"
"Kurangkan tengok wayang, buang channel berbayar korang kalau nak jimat"

Bila sembang pasal naik harga pula

"Pihak kerajaan cuba pantau peniaga jangan bagi diorang naikan harga sewenang-wenangnya"
"Korang reportlah kalau diorang ni naikan harga, kan kita banyak agensi bawah kerajaan, yang boleh pantau"
"setakat 20 sen tu kalau peniaga naikan 10 sen pun dah dikira melampau"
"KFC, pizza hut, Mcd tak naikan harga pun, siap lawan lunch meal lagi"
"KFC, MCd harga mahal korang tak nak melalak pulak"


Berpijak di bumi yang nyata, bukan bermaksud melihat sejauh mana kita mampu buat untuk berjimat bagi diri kita. persoalan yang orang lain tanya atau bangkangkan ialah bagaimana Mereka yang lain ini mampu?
dalam bab ni, kita sendiri tak pasti sejauh mana tahap kejimatan mereka seharian. Cuba check apa Dr. Maza cakap kat sini. Jangan hanya kerana kita nampak orang sekeliling kita yang mampu buat nampak macam ok sahaja, kita kata mereka mampu, mungkin ada yang tak mampu, tak pernah nak bersuara, kerana MALU, siapa berani mengaku mengatakan yang dia tak mampu walhal dia ada kenderaan, kereta, motosikal, television, astro, walhal kereta dah 3 bulan tak bayar, motor pun tunggu masa je nak rebah ke bumi.nampak ada piring astro, tapi kat rumah tak boleh tengok pun sebab tak bayar, kat dapur tu, takde apa, tong beras pun kosong peti ais lagi la.....siapa yang tahu??..korang tahu ke diorang ni dah kerja macam mana? ada orang cakap keluar rumah gelap, balik pun gelap, tak nampak matahari, semata-mata nak cari duit extra yang tak berapa nak extra ni...korang tahu ke private punya gaji macam mana?? increment setiap tahun macam mana?..yang company besar yes, mungkin berbaloi, yang tak pernah dengar famous nya company tu?? setahun kenaikan paling tinggi RM50...berapa lama nak naik tinggi macam orang lain..untuk samakan kos sara hidup yang setiap tahun naik lebih dari RM50  ni??kerja OT siap buat dua Shift lagi.....sampai anak tak kenal bapak..pergi kerja tidur, balik kerja pun tidur lagi...macam ni korang nak nasihat suruh cari kerja alternatif lagi???please lah..bercakap memang senang..tapi hakikat tu perit..korang boleh lagi merasa jumpa anak-anak, pukul 5.00 dah terpacak depan pintu..Anak-anak mereka ni membesar bukan dengan ayah diorang tapi dengan kawan-kawan mereka, lepas tu bila ada gejala sosial, salahkan mak bapak tak pandai jaga anak.

Aku pasti orang tak marah kalau nak naikan harga, tengoklah satu ketika dulu harga gula naik, kurang sikit penangan dia, tapi bila minyak..huisss dasyat!!!..sampai kawan boleh sound kawan, adik sound abang, sepupu berjegil mata dengan sepupu...huiss dasyat...

Sambil aku baca komen kawan-kawan aku ni, aku terdetik nak buat rumusan simple, banyak lagi blog yang buat yang boleh korang jadikan rujukan, cuma bila bab belanja isi rumah aku dengar RM150 sebulan...issyy aku pun rasa cam tak lojik je....aku belanja barang dapur RM100 tu utk seminggu je...camne dia boleh buat sampai sebulan, tapi jangan congak barang kering, masukan barang basah sekali, tak perlu yang eksotik, kira barang basah yang biasa-biasa tu, mee basah, bihun, ikan kembung, ikan selar, ayam, daging, cuba korang kira untuk stok seminggu berapa boleh dapat??


Kerana isu ni bakal menjadikan harga barangan lain akan naik..naik sampai tak logik dek akal, teh tarik dah naik 20sen, macam kawan aku cakap la, orang jual tepung bawak pakai lori 3 tan, tapi bila naik harga setakat RM0.20 sen tu beza RM10-RM30 je sekali isi, nak divide ngan tepun yang beratus kg, tu berapa la sangatkan...tapi realitinya berbeza....mana ada orang nak naikan RM0.02 sen betul tak?..pasti akan naik paling tidak 10sen.


Sama juga dengan harga rumah...naik 10%...giler tak logik...kalau rumah harga RM100,000.00 dah naik RM10,000.00 kalau RM400,000.00 bukankah dah cecah RM40,000.

Antara rungutan lain yang mungkin tak biasa mereka ni dengar ialah

"dah pemborong naikan harga, takan kami nak diam, rugilah kami"

logik tak nasik lemak yang dijual kalau setiap supplier/pemborong naikan RM0.10 sen...adakah diorang tak perlu naik? cuba kira dalam satu nasik lemak berapa suppiler yang terlibat??pemborong yang ada untung 40% pun naik harga, inikan makcik jual nasik lemak yang untung 0.05% satu nasik lemak takleh naik harga?..oho..pemborong boleh naik tapi peniaga yang diberi amaran jangan naik harga...apa ke hal...??

KFC Mcd, pizza tu dah sememangnya mahal dari dulu, soalannya selalukah kita bantai makanan ni? silap-silap boleh kira dengan jarije setahun berapa kali pergi KFC ni. habis korang makan kat hotel buffet berbuka puasa tak kira pulak mahal lagi dari KFC boleh je redah jugak kenapa tak timbul kan yang tu? korang cuba tanya rumah anak yatim berapa kali diorang makan KFC setahun? Tapi korang tahu ke bila KFC naikan harga?? sure ramai tak tahu, tahu-tahu pergi makan dah naik dah..bila tanya ngan staff situ bila naik harga, dia cakap ..eh dah lama la naik...apa tandanya tu??maknanya kita ni jarang pergi KFC, so diorang lagi kejam, naikan harga tanpa ada announcement. Perasan tak dulu harga satu snack plate dalam RM7-8 kalau tak salah (aku pun dah lupa) sekarang??? aku terjumpa di google pernah naik sampai RM0.50sen..apa kes..minyak baru naik RM0.10-0.20 sen..dia naik sampai RM0.50 sen..korang google lah sendiri. tengok...

Pertikaian antara KFC dengan minyak sama sekali tak patut digabungkan, sebab itu bukan makanan ruji kita, dan aku pasti kalau kerajaan yang galakan boikot restoran ni, pasti boleh boikot punya, tapi mustahil lah. cukai dia bayar utk pendapatan negara, dan selalunya restoran dan kedai yang mahal-mahal ni mereka yang berpendapatan biasa tak pergi, banyak lagi pilihan lain, ayam uncle bob pun ada, pizza cik timah pun ada kat pasar malam, nak beli gucci, levis, parada, pasar malam uptown berlambak, murah lagi, tapi minyak akan jadi rutin harian kita setiap hari...itulah perbelanjaan kita paling besar, nak balik kampung, orang tak nampak tang lain dah, org tengok minyak, dulu balik boleh la 60-70 sekali isi, kali ni dah mungkin 80-90, tak hampir 200 dah pergi balik berbanding sebelum ni, RM140 ulang alik.200 dulu siap makan tepi jalan lagi, sekarang dah kena tambah mungkin kena spend 250 siap makan utk balik kampung...mungkin 50 tu nampak kecik...tapi...

Yang aku tak boleh terima bila pak menteri memberi jawapan yang mungkin tak masuk akal, kalau naik harga kita boikot, sekarang ni, minyak naik harga tak mustahil semua barang akan naik, boleh ke kita boikot, disuruhnya kita report, tapi alih-alih tak buat apa-apa pun, apa yang disuruh jangan makan, tanam sendiri, tukar ayam ke daging, ini bukan alasan logik. sekarang semua dah nak naik, apa lagi nak ditukar, tengok isu ayam lah, adakah dia kekal turun??tak juga kan...so bagi lah kenyataan yang munasabah sikit.

Kalau nak tahu macam mana rakyat Marhaen ni, cubalah pergi jalan-jalan ke jalan pasar- pudu KL cuba tengok apa yang diorang niagakan, kadang-kadang sedih. bukan yang jual handphone atau barang-barang baru tu, yang jual atas tanah tu...cubalah pergi aku malas nak tunjuk kat sini korang pergi antara pukul 8.00 sampai pukul 10 pagi. sampai jumpa orang kampung sendiri yang jual, mula-mula dia buat tak nampak, lepas tu entah macam mana dia potong buat-buat mcm dia pun duk jalan-jalan kat situ, tapi aku perasan dia meniaga kat situ. tapi aku buat dek je lah, takut dia malu nak mengaku dia meniaga disitu..bila ditanya, sah memang dia ngaku dia jalan-jalan..hmm...apa pun semoga beliau dilimpahkan rezeki lah hendakNya.

Terkelu dengan sesetengah orang sebab kadang-kadang bahasanya, terlalu angkuh bagi orang lain, sebab tu ada satu pic kata-kata yang aku suka dan mengingatkan aku utk berkata-kata, biar tinggi mana pun kita, jaga bahasa, sebab ramai kenalan kita yang kita tak kenal susah senang nya. mungkin cerita kita yang menampakan gembira tentang harta kita sebenarnya kekecewaan buat mereka, berhati-hatilah.


p/s : peace to all sekadar pandangan peribadi, kalau tersinggung harap dimaafkan. semoga menjadi pedoman utk kita dalam berbicara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...