Pages

Banner

Saturday, December 14, 2013

Evolusi Handphone

Kini dah timbul satu lagi revolusi, Buat duit dengan handphone, dulu orang pakai handphone, just untuk telefon sahaja, kini telefon dah boleh buat macam-macam, tapi hari ni kita buat assignment dulu, mungkin dapat bantu adik-adik yang nak buat assignment diorang tentang handphone dulu, pasal duit kita cerita nanti.

Ok antara telefon mudah alih yang start ada satu ketika dulu ialah dari jenis besar gedabak seperti ini.
Dulu, handphone-handphone begini tiada simcard, so takde la prepaid, dah mula start orang pakai kat Malaysia tahun 90-an, tapi tak ramai sebab mahal masa tu, dan telco pun tak banyak.

Lepas tu tahun 99 dah mula keluar telco yang pelbagai, ada Celcom, TM-Touch, maxis dan apa satu lagi selalu ada kat highway je (Adam kalau tak salah atau Timecel)... dan masa tu tak semua kawasan ada line, so kena beli ikut line kawasan masing-masing, masa tu kalau ada handphone, lepas kena band, handphone tu kena pulang balik kat telco, kalau nak pakai balik pun tak boleh, kena unclock code, nak unclock code kena bayar dulu..huh tu dulu...

Lepas dari tu keluarlah handphone ber simcard, sbb byk telefon tak dipulangkan balik agaknya so diorang kena buat handphone yg ada simcard mudah sikit..so keluarlah prepaid..kad Pra-Bayar tu..
bermula dengan handphone yang ada antena, sampailah denan yang tiada antena, masing-masing ada masa dan trend masing-masing, masa zaman telefon besar, siapa pakai handphone kecik-kecik tu dia la orang kaya, yelah sebab masa tu mahal, lepas tu keluar trend antena pula, awal-awal antena panjang-panjang, lepas tu start dengan antena pendek-pendek, siapa pakai yg panjang tu old fashion lagi, sampai la keluar yang fashion takde antena dimulakan dengan Nokia 3210,3310 dan macam-macam ten lagi...
Selepas handphone dah puas keluarkan dari trend antena, diorang lawan pula dari segi fungsi screen, dulu boleh pakai setakat nampak nombor, lepas tu keluar pula boleh baca teks, then jadi gambar dengan bentuk pixel. masa ni, telco semua pula baru nak start jadikan pesanan ringkas sebagai satu bahan ujikaji, masa ni merasa la pakai phone dengan sms yang percuma, yelah trial version, lama tu, Sempat la berchating dengan awek-awek masa tu...memang puas, sebab sms tak di charge...hahaa....Free Of charge


Sekarang dah lain, semua di charge, event data pakej pun..huh...sekarang lawan siapa punya screen pula boleh slide pula..atau dipanggil sebagai smartphone, semua nak jadikan computer boleh bawa atau laptop kecil, yang boleh simpan dalam poket, biar apa yang ada dalam komputer dipejabat boleh dibawa kemana sahaja, seperti email, dokumen dan macam-macam lagi...itu yang dipanggil communicator atau pda handphone.


Berputik dari sini lah , kebanyakan pengeluar telefon mula untuk berlumba-lumba mengeluarkan sebuah telefon yang mampu menjadikan komputer sebagai sebuah komputer yang boleh dibawa kemana sahaja. dan ia bercambah sebagai sebuah evolusi yang begitu dasyhat. sehinggakan setiap telefon juga mempunyai software apps sendiri ada yang android, symbian, ios dan macam-macam lagi. Keypad pun kebanyakan handphone dah hilang...semua dah build-in dalam screen.
walau apa pun evolusinya, tapi handphone ni dah jadi satu keperluan untuk semua orang, nak atau tidak, dia tetap akan guna, sebab menjadi satu kepentingan, walau budak sekolah rendah pun. Nanti kita sambung macam mana nak buat duit dengan handphone pula. dah alang-alang, semua orang guna handphone, dari takde dapat apa-apa baik kita buat duit, sambil-sambil guna sambil-sambil dapat duit, siapa nak bagi kan?..ok stay tune dengan blog ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...