Pages

Banner

Friday, September 14, 2018

Tetak kontraktor traffic dengan pedang samurai

Kes ini berlaku kepada adik aku sendiri.
Sewaktu aku melihat video dia yg viral,aku berada di kenanga wholesale, tengah nak beli barang office.

Terus aku call tanya status dia, dia kata dia ok.  Dah ada dibalai polis bersama supervisor Dia utk report polis. Dan akan ke HKL utk saringan kesihatan.

Aku bukan jenis yang anti dengan perkauman, cuma video viral itu membuatkan aku benci dengan pelaku, apatah lagi tatkala dia memutar belitkan cerita, membuat aku geram.

Adik aku dah buat laporan,  harap mereka ini dihadapkan ke muka pengadilan dengan sewajarnya.

Akta 324 jika sabit kesalahan memukul dengan apa sahaja senjata tumpul, hatta pen sekalipun,  sehingga cedera mampu dipenjarakan selama 10 tahun dan boleh Beserta dengan sebatan.

Adik aku juga direman, utk siasatan. Kerana terdapat video yg menunjukkan adik aku ada mencetuskan pergaduhan,dan disabitkan dibawah akta 160 - gaduh gempar.  Cuma adim aku tak sempat pukul just grab collar baju dia.

Akhirnya adik aku dibebaskan selepas dua hari diambil keterangannya. Begitu juga dengan si pelaku. Cuma bezanya,  adik aku tak menghadapi pertuduhan,  si tertuduh menghadapi Pertuduhan kerana memukul dengan senjata dan Memiliki senjata.  Dia menghadapi dua pertuduhan memukul dengan senjata dan memiliki senjata. Akta 324 dan seksyen 6 (1).

Untuk kes begini,  alhamdulillah polis bertindak dengan cepat, kerana ianya kes viral,  so polis terpaksa menjalankan kerja dengan sepantas mungkin berbanding dengan kes lain, kerana ramai yg melihat kredibiliti polis dalam kes ini.

Dan ramai juga yang PM tanya aku,  bagaimana keputusan,  sampai hari ni 14 september 2018. Keputusan masih belum diketahui,  dan IO yang incharge tak berkata apa apa tentang keputusan mahkhamah. Katanya dia tak tahu, kena tanya mahkhamah.  Partni aku sedikit kecewa sebab tak dapat keputusan,  mengharapkan berita TV la nak dengar keputusan.  Itupun kalau ada beritanya.

Adakah dia akan senyap begitu sahaja???  Adik aku kena tetak dengan Senjata kot.

Kami bukan orang berduit yg nak hired lowyar, alhamdulillah kes jadi viral dan polis yg ambil tindakan,  kalau kena yg tak viral, yg perlukan kita keluarkan duit untuk melawan di mahkhamah untuk maruah dan keselamatan kita yang hilang bagaimana?

Terbaca kes Jeram dan beberapa kes kongsi gelap yang telah ditukar status dakwaannya. Dari kes beratjafi kes ya g ringan, Ramai yg mula mempersoalkan,  adakah undang-undang kita sebenarnya boleh dibeli? Teraniaya lah mereka yang tak mempunyai duit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...