Pages

Banner

Thursday, August 5, 2021

Cara nak lembutkan daging dan urat Gearbox

 Aku suka dengan gearbox, kadang-kadang makan di kedai tak rasa puas, adakalanya dapat yang lembut sedap, kena yang liat aduh seksanya. tu yang biasa nya sup tulang atau gearbox aku biasa masak sendiri di rumah, puas makan.

Ok sementara tengah senang buat blog ni, aku nak update sikit cara aku, lembutkan daging tulang, dan gearbox TANPA PRESSURE COOKER. cara ni mungkin Old School, tapi sebenarnya mudah.

Bersihkan daging, tulang atau gearbox yang kita nak tu, macam biasa, kemudian rebus selama 3 jam, sambil tutup periuk tu, pastikan air sentiasa menutupi tulang dan gearbox tersebut. kalau tambah petua orang lama pun bagus juga, ada yang letak sudu besi, rebus sekali pun takpe.

Kredit gambar dari azie Kitchen


Setelah 45 minit terakhir, jangan tambah air, biar air dia kering sikit, dan selesai 3 jam tersebut baru tambah bahan-bahan untuk sup ikut kesukaan masing-masing, daging ni pasti lembut sehinggakan budak pun pasti suka, dan orang tua yang giginya tak berapa nak kuat juga mampu makan.

Yang pasti teknik ni memerlukan kesabaran (Lama kot), aku suka dengan kaedah ni, senang. buka api dan biar. so kalau nak makan tengah hari, pagi dah kena masak, kalau nak makan malam kena masak dari petang.

Yang jenis tak sabar dan gelojoh, memang tak boleh guna teknik ni, tapi yang pasti urat pun jadi lembut macam lemak, daging pun koyak dengan sudu pun boleh.




Cara basuh kerang sehingga bersih isi perutnya

 Ok sempena PKP 2021 ni, aku kongsikan sikit cara korang nak bersihkan kerang, kebetulan time PKP ni, aku pergi kedai, cari lauk, jumpa kerang, terus teringat nak makan kerang rebus, lama dah tak makan sejak PKP last year.

So kali ni, aku nak share cara simple dan senang nak cuci kerang sehingga kau makan nanti tak terasa pasir-pasir dalam kerang tu. kalau kau google, jumpa banyak cara, ni aku bagi salah satu cara, yang pada aku bahan-naham dia senang dan boleh kata sentiasa ada dirumah.

Bahan-bahan yang kau perlukan ialah

1. Kerang (kalau boleh fresh atau hidup lagi la)

2. Garam segenggam. (tak kisah kasar atau halus)

3. Cili kering beberapa batang (agak-agak je)


Cara-cara

1. Basuh kerang macam biasa, kemudian penuhkan air.

2. Masukkan garam segenggam dan potong-potong cili kering tu dan rendam sekali

3. Gaul agak-agak dalam 10 minit dan biarkan lebih kurang 30 minit

4. selepas 30 minit, kau akan nampak air akan menjadi kehitaman , sebab kerang tu muntahkan kembali pasir yang ada dalam nya.

5. Bilas dan sedia untuk di rebus, buang semua cili yang ada.

6. kau akan nampak kerang pun akan bertambah bersih selepas di bilas.


Ok dah waktu merebus, aku bagi tips satu lagi untuk kau mudahkan kopek kerang tu nanti.

Bahan-bahan

1. Kerang yang dah bersih tadi dan air rendaman yang baru

2. Minyak masak (agak-agak dalam 10 sudu besar ke)


Cara-cara

1. rebuskan kerang tadi dengan minyak masak

2. dah masak atau sebelum betul-betul masak baru kau boleh masukkan bahan lain kalau nak seperti serai, daun limau atau sebagainya.

3. lepas tu nanti kau akan nampak kerang tadi lebih bersih dan lebih mudah terbuka berbanding biasa.

itu sahaja. selamat mencuba.

Thursday, June 10, 2021

Selepas PMR/PT3 ke mana kah aku? SPM atau SVM

Sebelum ni aku pernah cerita pasal SPM or SPMV, korang check artikel aku tahun 2019, kali ni aku nak buat sambungan sikit, kali ni nak cerita secara mendalam sikit berkenaan SPMV dulu dan sekarang. bagi memudahkan adik-adik kita yang habis PMR nak buat keputusan.

Point ni aku dah pernah tekankan dulu, kalau kau rasa kau minat kearah Akademik atau kearah bidang profesional yang tak melibatkan teknikal, betul kau tak perlu kemana-mana, habiskan sahaja akademik kau tu di Sekolah biasa atau sekolah yang kau sedang duduk sekarang ni. Tapi kalau kau ada cita-cita kearah Teknikal, atau memang tak minat kearah akademik memang aku suggestkan Vokasional. Bukan bermaksud kat vokasional tak belajar langsung akademik, cuma bahagian akademik nya kurang sedikit dari sekolah biasa.

Dulu Sekolah aliran Vokasional di kenali sebagai sekolah aliran teknikal dan di dalam nya terdapat dua aliran, iaitu SPMV dan SKM. yang mana SPMV ni ada juga sedikit akademik berbanding SKM. yang mana SKM ni, lebih kepada aliran Teknikal semata-mata. Dan cara kemasukan ke aliran Vokasional ni, semestinya dari tingkatan 3. dia hanya ada dua tahun sahaja, iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Jadinya pada ketika itu, siapa yang ada SPMV dia layak untuk masuk ke bidang lain di Universiti Awam dan Swasta sama seperti SPM. Sebab kedua-dua ada bidang masing-masing, cuma SPM hanya boleh di dapati di Sekolah biasa dan sekolah Teknik, dalam aliran sastera, sains dan teknologi kejuruteraan dan sebagainya, manakala SPMV lebih kepada aliran Teknikal, kepada bidang masing-masing, seperti Elektrik, automotif, aircond, welder dan sebagainya.

Waktu aku ambil SPMV dulu, kami tak terikat dengan bidang masing-masing untuk masuk Universiti, kami boleh apply semua Universiti dalam borang UPU tu, tak kisah kau elektrik ke automotif ke, aircond ke, welder ke, tapi for sure memang kami pilih bidang yang kita tengah ambil la kan. cuma waktu zaman kitorang tu, UPU ni, penuh orang apply, dan kitorang yang bidang teknikal ni pun ramai agaknya, sampai yang terlebih ni, di offer macam-macam bidang yang kitorang rasa takde kena mengena, ada yang dapat offer buat Diploma accounting, ada yang pergi matrikulasi, ada yang pergi Senibina, macam-macam lah, termasuklah aku.

so mana offer yang datang dulu, yang tu aku sebat dulu, tak pedulilah course apa, janji dapat sambung belajar. So belajarlah sampai habis. buat yang termampu. telan lah dan lupakan lah bidang yang kau ceburi masa kat vokay tu. itulah keadaan SPMV dulu, ada yang dapat aliran yang sama rezeki mereka memang di situ alhamdulillah.


SPMV terbaru (2021-setelah aku di tarbiah oleh kawan sekolah aku) kini di kenali SVM

Tapi kini, Sistem Vokay dah berubah terlalu banyak, sampai aku dah tak tahu apa status sekarang, sampai terpaksa tanya kawan aku yang sekarang memang jadi salah seorang tenaga pengajar di Kolej vokasional, baru aku faham dan aku rasa budak-budak sekarang terlalu beruntung dalam bidang masing-masing.

Mungkin masa awal-awal pertukaran sistem ada sedikit kecelaruan, tapi sedikit demi sedikit ia berubah menjadi sistem yang pada aku agak baik juga. Biasa lah benda baru. dulu aku dengar pasal kolej Vokasional takde SPM, aku macam masih tak percaya, pada aku, mesti diorang salah pilih ni. sebab ia masih sama macam zaman aku dulu, orang masih cakap Sekolah vokasional takde SPM. tapi sebenarnya masa zaman aku, kalau kau salah pilih course (SKM la tu) memang kau tak ambil SPM la jawabnya.

Tapi kali ni, memang kalau check dalam website MOE mmg dinyatakan tiada SPM di Level ini, 



tapi kau tetap kena ambil subject yang setara SPM, subject Wajib, 2 sahaja kalau tak salah, iaitu BM dan Sejarah, sebab Syarat untuk apply kerja di jabatan Kerajaan seperti SPA, selain kau perlukan Diploma, kau perlukan juga Sijil SPM/SVM (Sijil Vokasional Malaysia), so ni juga termasuk dalam proses kelayakan kau untuk dapat jawatan di jabatan kerajaan.




Diorang dah gabungkan SKM dan SPMV yang dulu, menjadi satu program berteraskan Latihan Vokasional semata-mata, yang lebih fokuskan kepada teknikal. Kau perlu habiskan selama 4 tahun sebelum kau qualified untuk di anugerah diploma. Diploma terus guys.

2 tahun Pertama, Di panggil SVM (Sijil Vokasional Malaysia), dan kau layak (kalau lulus - cgpa 2.0 keatas kalau tak salah) untuk teruskan dalam bidang yang sama/pengkhususan lagi 2 tahun untuk dapat Diploma terus. Berbanding pelajar SPM yang lain, terpaksa bersaing untuk memilih bidang atau pun ditawarkan bidang yang bukan menjadi minat mereka. 

Biarpun dah diberi pelbagai kelebihan dari segi kelebihan teknikal, ada juga ibu bapa yang masih nampak SPM sebagai satu tiket untuk berjaya di masa depan. Tak di nafikan rata-rata kita dibesarkan dalam suasana SPM, yang mana kita memandang, SPM terlalu tinggi, sehingga kita lupa, mereka yang habiskan sehingga habis 4 tahun di Vokay, mereka sebenar lebih jauh dari SPM. satu tangga ke depan berbanding SPM. Kita tak perlu setkan minda kita dengan "JIKA dan KALAU", "kalau tak habis 4 tahun tu?", kita patut set kan minda kita supaya kita kena habiskan 4 tahun sehingga memegang Segulung Diploma.

so ada jalan selepas tingkatan 3, terpulang kepada diri masing-masing, keadaan masih sama, tetap kena habiskan beberapa tahun untuk dapat segulung Diploma dan Ijazah.

habis Tingkatan 3 - > buat Diploma di Vokasional (4 Tahun) - > Degree

atau

Habis tingkatan 3 -> SPM (2 Tahun) -> Diploma / matrikulasi (Setahun/2 Tahun/3 tahun) -> Degree

Masing-masing ada cita-cita dan pilihan. jangan ikut tentang masa, fokus untuk habiskan. dan ikut kelebihan masing-masing.

Zaman sekarang, jangan terkejut andai ada yang tak habis SPM juga boleh berjaya dapat Degree, Master atau PHD, jalannya sahaja mungkin berbeza. yang penting Ilmu harus di cari, buat setakat yang termampu. jalan Terus!! Giood Luck Guys!

Sunday, May 31, 2020

Cabaran 2020 - Corona Virus (Covid-19)

Dahulu tahun 2020, merupakan tahun yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, sebab termaktub dalam Wawasan 2020 yang telah di rancangkan oleh YAB Tun Mahathir Mohammad. ramai yang duk bayangkan tahun 2020 ni adalah satu tahun yang cukup canggih, dengan pengembaraan yang tak terjangkau dek Akal. dengan kereta terbangnya, keretapi lajunya dan sebagainya.

Kes Covid-19 pertama di kesan di negara kita bermula pada 23 Januari 2020, dengan kes keseluruhan 3 (2 - sabah, 1-Selangor). (boleh check kronologi dia di sini https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666122/kronologi-covid-19-di-malaysia

Namun kita masih lagi leka dengan jumlah itu, walau amaran telah diberikan, orang politik masih bercakaran, sehingga keputusan tentang wabak ini di pandang enteng. sehinggalah kerajaan terpaksa umumkan perintah berkurung untuk selama 2 minggu bermula 18 mac 2020. kebetulan kami memang balik ke kampung di kelantan sebelum tu lagi dan tatkala di umumkan perintah berkurung, kami terus bergegas pulang ke Kajang semula. sebab memikirkan. tak tahu berapa lama, perintah ini akan berlangsung. dan adalah terbaik untuk kami berkurung di rumah sendiri, berbanding di tempat lain. Dan kami sempat sampai ke Kajang sebelum pukul 12.00 pagi, sebelum perlaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Tapi yang pelik, dalam kerajaan umumkan perintah kawalan pergerakan itu, ramai juga yang ambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman, Pelik! serius aku pelik. memang kita tak sama, tapi ternyata kita memang berbeza, aku bertungkus lumus balik ke rumah sendiri, tapi diorang boleh ambil kesempatan tu untuk balik ke kampung, macam kerajaan bagi cuti raya yang cukup panjang. Sesak jalan menghala ke Pantai timur dan Utara.

Dan setelah berlangsungnya perintah kawalan pergerakan, macam-macam perkara berlaku. dan aku cuma terfikir nasib aku ambil keputusan untuk balik. sebab memandangkan aku bekerja banyak dengan komputer dan phone, so benda tu penting untuk aku. sebab aku balik kampung masa tu, memang tak bawa balik Laptop. so Nyawa tertinggal satu di rumah, nak taknak aku memang kena balik. Memandangkan aku takut-takut ada yang tanya aku pasal kerja, aku tak mampu nak jawab atau buat on the spot.

Ramai yang dah tersilap langkah, mereka balik sewaktu sebelum perlaksanaan di jalankan. dan apabila sampai di kampung, mereka dah tak di benarkan merentas negeri atau daerah. begitu juga yang terpaksa bekerja, masing-masing dah tersekat di kampung dan di kekang oleh teknologi dan equipment. Internet, Fail, dan sebagainya. di tambah pula, RMCO ini juga di lanjutkan sehingga berbulan lamanya.

Dan akhirnya kita terkurung sehingga berbulan lamanya, dan sektor ekonomi di buka sedikit demi sedikit. Sekolah apa lagi, memang ni kali pertama, tahun 2020 kita bertemu era baru persekolahan, iaitu, persekolahan secara maya, PDPR, bersemuka secara dalam talian. ini juga banyak kerenah, tapi kita hadapi dengan tabah. Syabas Malaysia!!!

Saturday, December 28, 2019

Beruntungnya yang punya anak ramai

Kenapa beruntung?
Kalau difikir dari segi kewangan, ya memang beruntung ibu bapa ini, kalau ada 10 anak, seorang bagi RM200, 10 orang sudah jadi RM2000 cukup la untuk makan berdua, kalau punya rumah dikampung, uhh lagi indah kan?

Tapi tak semua seindah itu. Bukan semua anak yang ramai itu mampu berjaya, bukan semua yang mampu berikan duit belanja setiap bulan sebegitu, tambahan pula, tinggal di hutan kota. Bak kata pepatah, setandan pisang tidak semuanya baik.

Kita mungkin tak nampak aturan Allah, ramai yang jadi manusia ni kerdil, yg hanya mampu rasa kecewa, tatkala ada pak ustaz yang selalu membicarakan tentang duit belanja utk ibu bapa, wajib diberikan. Ya tak dinafikan. Biar pun sedikit, tapi ramai tak sedar, ada anak-anak ini yang hanya mampu hidup lebih miskin dari ibu bapa masing-masing, siapa tahu? Kadang kadang disini puncanya syaitan meniup rasa dengki dengan adik beradik.

Aku selalu pesan dalam hati, aku juga punya adik beradik yang ramai, ada yg kerjanya hanya biasa-biasa, ada yg kerja gomen, ada yang kerja swasta, ada yg berniaga sendiri, namun setiap orang punya tugasan masing-masing, biar mereka berbakti kepada ibu bapa ku dengan cara masing-masing, yang mampu berikan duit, berikan lah duit, yang mampu berikan perhatian, berikanlah, yang mampu berikan pertolongan berikanlah. Itu semua jasa kamu kepada kedua orang tua mu, jangan pernah peduli pasal apa orang kata. Yang penting ibu bapamu terjaga dengan baik, itu dah cukup senang bagi mereka.

Tak semua orang perasan, Allah jadikan kita begini kerana tugasan kita berbeza-beza, bersyukurlah, mereka yang punya anak, yang berjaya keseluruhannya, yang tak berjaya ni sebahagianya dalam hidup, itu bukan pengakhiran. Mungkin Allah tetapkan kau mudah menjaga dia tatkala dia dalam kesusahan. Mungkin Allah dah tetapkan kau adalah penjaga dia saat dia keseorangan kelak, mungkin Allah tetapkan kau sebagai pemudahcara utk dia dengan sesiapa sahaja. Siapa tahu? Kita banyak tugasan, jangan terlalu fikirkan yang orang lain tak ambil berat tentang ibubapa, itu hanya bisikan syaitan agar ada perasaan dengki sesama manusia, perpecahan dalam keluarga itu yang paling disukai oleh syaitan.

Aku juga sebegitu dulu, termakan dengan hasutan sebegitu, alhamdulillah aku sedar.
Kau tak dapat bantu dengan wang ringgit, kerapkan lah melawat dia...biar pun seminit, bersembang, jangan kau bebankan dia dengan masalah duniamu. Jadikan dia Raja. Sebenar benar Raja.

Aku sendiri pernah terfikir nasib aku satu ketika nanti. Tak punya anak yang ramai, tapi aku bersyukur, aku ada anak angkat yang cukup disenangi seluruh keluarga ku. Aku sendiri dah latih hati ini, supaya tidak mengharapkan apa-apa pun dari dia satu hari nanti. Cuma dah berpesan andai kata aku menyusahkan dia satu hari nanti, hantarlah aku ke tempat yang mungkin memudahkan untuk dia berurusan duniawi nya, aku takkan pernah berkecil hati. Aku lebih rela untuk menyenangkan hidupnya, dari membebankan dia sehingga dia boleh dianggap derhaka. Pedulikan kata orang!!!

Wednesday, November 27, 2019

SPM vs SPMV

Baru baru ni ada tular cerita SPMV yg guru nya kecewa tentang tanggapan orang tentang SPMV. Sebenarnya cerita ni bukan baru, lama dah, pada aku, kebanyakan rakyat malaysia yang tak faham.

Kisah bermula saat aku tingkatan 3 lagi,  waktu ni aku baru berpindah dari manjung ke Bangi. Dan saat aku bersekolah dibangi ni, aku tak boleh terima suasana nya. Jadi aku nekad utk bertukar sekolah sewaktu tingkatan 4. So bermula pencarian aku tentang sekolah lain yang aku boleh masuk di tingkatan 4 nanti. Mostly semuanya sekolah berasrama la yang aku cari. Yelah sekolah berasrama je yang boleh kau pindah masuk lepas form 3.
1. MRSM
2. SEKOLAH TEKNIK
3. SEKOLAH VOKASIONAL
Dan dalam 3 sekolah ni. Aku dapat rasa yang aku mmg tak layak untuk MRSM. Sbb aku sedar keputusan aku bukan sebaik itu. Jadi pilihan aku hanya 2 iaitu Teknik atau Vokasional.

Jadi aku study habis berkenaan dua sekolah ni. So aku faham vokasional waktu tu ada dua aliran. Satu SPMV dan SKM. Yang orang nampak Bila sebut Vokay ni, dia takde SPM takde masa depan. Tak pernah terdedah bahawa Vokay ada SPMV. Masa aku isi borang, ada sorang makcik tu siap cakap dengan memperlekehkan aku,
"Kau minta vokay buat apa? bukan ada SPM. Rugi kau nanti."
Aku cakap ada, tapi dia berkeras kata takde. 

Aku pun sebab tak mau bertekak, sebab aku faham borang tu, aku teruskan juga, sebab ada ruang utk kau pilih SPM, SPMV atau SKM. SPM tu utk Teknik. Masa tu anak dia nak isi untuk Teknik waktu tu, borang vokay dan teknik sama waktu tu. So mak dia ada kawan, mak dia nak hantarkan, aku cakap, takpe. Aku hantar sendiri, guna pos.

Antara yang aku tak boleh lupa, budak vokay budak budak jahat. Kau masuk situ sure kena ragging punya. Macam-macam cerita buruk pasal vokay. Biarlah, janji aku pundah waktu tu.

Alhamdulillah aku dapat. Anak dia?tak dapat, still masih kat sekolah yang sama. Aku tahu aliran vokay ni sebenarnya lebih kearah teknikal dan teori. So aku dapat dua-dua sekali disini. Dan aku juga lihat budak yang ambil aliran SKM, 100% mereka didedahkan dengan amali sepenuhnya. Akademik hanya untuk perkara asas. Dan akhir sekali mereka akan digred dengan tahap tahap tertentu.

Sebagai contoh aliran elektrik sekiranya mereka berada sampai satu tahap 4 contohnya mereka bukan sahaja boleh jadi juruteknik, tapi boleh sampai ke tahap chargeman jika ditambah beberapa sijil lain yang diperlukan, yang mana merupakan tahap yg lebih tinggi dari SPM. Hanya orang teknikal sahaja yang tahu.

Makcik-makcik kat rumah atau mereka yang tak terdedah hanya nampak, Vokay ni hanya tempat budak yg takde masa depan.

Betul ramai yg masuk sini untuk aliran SKM tak perlukan kelayakan tinggi pun, sebab memang aliran ni, sesuai untuk mereka yang jenis malas dengan sistem akademik yang biasa, yang lebih sukakan kearah teknikal, main spanar, main mesin, mereka dapat lebih fokus dan cekap. Why not pilih vokay, dari kau membazir masa 2 tahun, lebih baik cari skill. Dah tak minat akademik, sistem menghafal, membaca tapi duk teruskan kerana percaya yang vokay takde masa depan?kau rasa dengan kau teruskan di sekolah biasa dan keputusan kau terus teruk, kau rasa apa yang kau dapat? Skill takde. 

At least budak SKM tu boleh keluar paling tidak boleh jadi Technician. Yang acah amik SPM tu? Still jadi operator. Bukan aku nak memperlekehkan mereka-mereka ni, kerana adik-adik aku juga serupa. Aku sendiri nampak kebolehan masing-masing, tapi apakan daya, aku tak mampu nak beri petunjuk, dah puas paksa, tapi mereka juga tak ikut. Masih ada pemikiran begitu dalam koloni keluarga ku sendiri.

Pernah ditanya oleh seorang guru, untuk anak dia, dia nampak anak dia tak minat belajar,tak.minat dengan buku, aku sarankan jangan buang masa, teruskan dengan sistem skill. Tapi apakan daya. tetap tak percaya, masih ada faktor takut takde SPM.

SPM hanya tiket. Takde SPM kau masih boleh bekerja. Atau kalau nak sangat SPM amik jadi pelajar tumpang, kalau nak sangat. Tengok result macam mana. Silap silap tak guna juga SPM tu. Sebab tak kerja dengan goverment.😁

Yang pasti setiap cabang pendidikan yang disediakan itu pasti ada ruang untuk masa depan, yang jadinya ramai salah pilih sebab asyik fikir kan apa orang kata!!!

Tuesday, November 26, 2019

Berfikir untuk keselesaan semua orang

Benda ni susah nak diajar, tapi alhamdulillah aku banyak praktikkan benda ni menyebabkan orang nampak aku terlalu baik. Sampai orang tak tahu aku ni juga ada jenis baran dia. Dan benda ni juga menyebabkan banyak urusan aku dengan orang jadi lancar, dan banyak perkara jadi mudah. Biarpun orang lain kata susah.

Sebenarnya ia jadi susah sebab kita cuba mencari kaedah lain dari yg sedia ada. Sebagai contoh. Bayaran saman, seboleh boleh kita nak cari orang yang dikenali, untuk kawtim untuk kita, kenapa sampai begitu? Kan senang kalau kita bayar sahaja berapa yang dikenakan. Mudahkan kerja kita dan pasti selesai. 
"Yelah, kau ada duit, boleh la cakap macam tu", 
Bukan masalah duit. Tapi rules.
Kau cari kawan, konon kenal, orang dalam pula tu, kawan kepada kawan kepada kawan kau, dia boleh tolong, tolong punya tolong dah dekat setahun nama still blacklist atau sangkut saman, macam mana? Duit dah jalan. Tak tahu kemana.

"Yela kau ada satu je saman. Aku ada 14 saman."
Dah tu, dah tahu banyak kenapa still tak boleh ikut peraturan? Orang buat benda salah ni sekali je, once dah kena orang serik, tapi kalau dah sampai berbelas, kau mmg tak serik dan tenyata kau ni kategori degil. Mmg selama nya kau cari susah tu.

Jangan ikut cara tu. Kadang kadang orang kata nampak macam mudah, dan senang, tapi sebenarnya menyusahkan kita, kalau tak kena gaya. 

Begitu juga dengan kes excident, bila excident, biar insurance settlekan, tak perlu nak kawtim. Ini tak, Seboleh-boleh nak selesaikan cara luar, takut kena saman dan gara-gara taknak guna insurance nanti ncb habis. 😲 Habis kau bayar insurance buat apa? Kalau kau salah insurance boleh cover, kalau tak salah insurance orang tu cover kernderaan kau.. apa ada hal. Jangan fikir jadi susah.

Begitu uga dengan kes jiran tetangga, aku jenis tak melawan. Pasal antena je pun, aku call balik kontraktor suruh dia ubah semula, aku bayarkan semua kos, siap kontraktor tu kata tak payah upah bos. You baik, tak mau gaduh sama jiran, i buat utk you free juga. Kan? Nikmat tuhan mu yang mana kau dustakan?

Lepas pada tu, jiran tu malu sendiri, dia pula nak bayar kontraktor tu. Terus kontraktor tu tazkirah dia, nasib ni abang ada baik. Saya tolong sama dia.

Hidup ni ibarat cermin, macam mana kita cuba jadi depan orang lain, Allah berikan seperti mana yang kita jadi. Alhamdulillah aku masih boleh ikut.

Dan disebabkan ini, orang tak berani marah aku, sebab mereka tahu aku pasti tak buat salah. Mak aku tak marah aku, kalau aku marah adik aku hisap rokok dulu. Sebab dia tahu aku betul. Dan ternyata aku tak jadi macam cakap tak serupa bikin. Macam ketam ajar anak berjalan.

Bos aku tak pernah marah aku. Event aku pernah buat silap, lepas je aku tahu teammate aku kena marah, aku terus pergi mengaku kesilapan aku, dia still cakap dia tak marah aku, tp dia marahkan teammate aku, sebab tiada kerjasama. Dasyat kan? Ini bukan miracle, tapi inilah lumrah alam.

Dan yang pasti. Jangan terlalu angkuh dengan setiap tindakan kita, kerana keangkuhan itu bakal menyusahkan kita.

Yang pasti setiap tindakan itu, fikirkan juga tentang kesanya kepada orang lain.

Saat membebel malam buta.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...