Pages

Banner

Sunday, December 16, 2012

Alpha Lipid dan keberkesanannya

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin...

Dalam tengah-tengah online ni..terbaca satu blog yang membincangkan keberkesanan diet menggunakan Alpha Lipid ni...banyak sangat komen negatif dari positif..bukan sahaja untuk Alpha Lipid..sampai produk lain pun ada..walhal perbincangan hanya untuk Alpha Lipid..sebab follower blog dan penulis blog ni mungkin tak percaya tentang diet jenis ni...takpelah....semua pengedar-pengedar Alpha Lipid pun memang dah di ajar supaya tak ambil pusing pun pasal komen-komen negatif ni..bukan kita taknak ambil bahagian menegakan apa yang betul...tapi kalau kita cuba nak betulkan tentang apa yang kita rasa betul di kalangan orang yang menolak kita, baik tak payah..buang masa sahaja..diorang bukan nak dengar apa yang kita cakap..lagi di cemuhnya kita ada..

Sebab jelik dengar orang komen...tak payah makan la benda-benda ni...saya dulu pun makan tapi bila berhenti berat naik balik, lagi tinggi ada la..rugi jer beli..produk pula disalahkan...

Pada saya proses diet ni...tak kira pun guna lah apa sahaja kaedah, cara normal (iaitu pergi exercise), guna produk sliming, buang lemak ke apa ke, semua terpulang, kalau rasa itu cara yang boleh turunkan berat buat semua orang...pada saya tak perlu kita nak mencemuh produk atau kaedah yang orang guna, sepatutnya kita perlu lebih berfikiran terbuka dan gembira dengan proses yang cuba dilakukan utnuk kelihatan lebih sihat, kerana di Malaysia terdapat berbillion orang yang mungkin mempunyai citarasa berbeza untuk menurunkan berat badan. walau menggunakan apa cara sekalipun, ianya sebenarnya perlu di buat secara berterusan, bukan separuh jalan. Nak berterusan macam mana??nanti saya terangkan.


Syanie hashim
menurunkan berat badan melalui Gastrik ByPass (memendekan usus)...terpaksa turunkan berat badan atas nasihat Dr. dan kerana berat badan nya dah menyebab kan banyak masalah pada dirinya menyebabkan Dr. menyarankan untuk buat Gastrik Bypass.

syanie sendiri mengaku dia tak pernah cuba untuk turunkan berat nya dari dulu lagi, kalau tak mungkin pembedahan ini tidak diperlukan, beliau juga menyarankan orang ramai yang di luar sana, kalau boleh usaha lah menggunakan kaedah lain, biarlah kedah pembedahan ini menjadi sebagai kaedah terakhir.

*dia buat bukan untuk kurus, tapi untuk lebih sihat.

Lisa Surihani
menurunkan berat badan selepas kahwin dengan cara mengurangkan pengambilan nasi dan makan makanan berkhasiat.

tak kurang juga yang mengambil makanan tambahan sebagai pembantu untuk meningkatkan proses penurunan berat badan. banyak makanan tambahan di luar, dengan pelbagai bentuk...kalau pergi Gym sendiri pun ada..ada Gym yang akan sarankan untuk pengambilan makanan tambahan samaada untuk turunkan berat badan atau pembinaan otot.

Aizat
berjaya turunkan berat badan dengan cara tersendiri. kurang pengambilan nasi juga dan plus exercise yang konsisten setiap hari 30 minit, dalam masa 3 bulan beliau berjaya turun ke berat yang di idamkan dari 112 ke 75 kg.

mengapa perlunya makanan tambahan?
Saya bukan nak bercakap kerana kepentingan saya dalam Alpha Lipid, tetapi sebagai orang biasa yang merasakan semua orang perlu ada cara mereka sendiri, dan saya taknafikan semua kaedah berupaya untuk turunkan berat badan, cuma makanan tambahan ni adalah kepada mereka yang merasakan mereka perlu dibantu, kerana keupayaan untuk menjalankan exercise macam atlet tu adalah sukar, mungkin orang yang bekerja di sektor kerajaan mampu untuk jadi seperti itu kerana mempunyai banyak masa (bukan semua la..) yelah balik kerja pun pukul 5.00 atau 6.00 mana tak berpeluangnya, saya sendiri pernah bekerja di sektor kerajaan satu ketika dulu, saya tahu keadaan nya, siap ada yang waktu lunch sempat lagi pergi main badminton (fuhh memang dasyat orang2 ni)..so bila ke swasta tu merupakan satu waktu yang cukup padat (bukan semua la..ada juga yang kerja rilek)....

sebab ada juga yang bagi komen, alah tak perlu semua ni...exercise je cukup...soalan saya...

1. Berapa ramai yang berupaya untuk exercise??
untuk exercise, kita perlukan masa, kena buat dalam keadaan tenang, dan rileks, tanpa perlu untuk memikirkan tentang situasi kerja atau rumah, berapa ramai yang dapat buat sebegitu?..rakyat di malaysia rata-rata dah jadi macam rakyat Jepun, bekerja 12 jam sehari, keluar awal pagi 6.30 am, pukul 9.00 malam baru keluar office, sampai rumah dah penat, kalau yang bujang yes, boleh pergi Gym atau mana2 pusat sukan, main sampai rumah pukul 12.00 pun takpe...bagi yang dah kahwin dan ada anak, pasti perkara ni sukar...yelah anak2 pasti nak tengok mak ayah dia di waktu2 begitu berada dirumah masing2 setiap hari...masa untuk mereka adalah begitu bernilai..

dan ada juga yang cakap tak payah guna makanan tambahan ni, diet je kawal pemakanan + exercise...

2. Berapa ramai yang tahu cara pengawalan makanan?
Tak semua orang tahu apa yang cuba dimakan itu adalah yang sesuai untuk tubuh badan kita agar tidak letih dan lesu. kerana badan kita memerlukan beberapa zat untuk memberikan kita tenaga untuk bekerja seharian dan juga membakar lemak sewaktu exercise atau dalam keadaan biasa. silap hari bulan..ada yang pitam sebab tak cukup tenaga, walaupun dah makan.(kerana tak tahu pengawalan pemakanan), kalau kita tengok jenis2 makanan tambahan ni ada pelbagai jenis, ada yang hanya perlu makan makanan tambahan dia sahaja, ada pula yang boleh makan apa sahaja + makanan tambahan dia, ada juga yang makan makanan tambahan + makan + kawal pemakanan, tak kira apa jenis pun, semua berupaya untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat, jangan sampai tersalah ambil sudah, terambil yang tiruan, kesian kepada kedua2, pengguna dan pengeluar.

lagi satu komen yang susah saya nak terima..
"saya dah guna tapi lepas berhenti berat naik lagi"

3. berapa ramai yang boleh buat secara konsisten
untuk nak mengekalkan keadaan yang sihat ni..kita perlu konsisten, tak kisah la samada kita buat exercise ke  makan makanan tambahan...semuanya bergantung kepada pemakanan kita..kalau buat exercise lepas tu berhenti dan tak kawal pemakanan pun, berat tetap akan naik...sama juga dengan makanan tambahan, selepas dapat berat ideal, berhenti, dan tak kawal pemakanan ni, makan la apa jenis makanan tambahan pun, berat tetap akan naik. walau dah berhenti pemakanan masih perlu dijaga...Cikgu/Dr. tak pernah berhenti menyarankan kita untuk jaga pemakanan yang seimbang...kalau boleh biar berterusan sampai bila-bila.

So terpulang kepada individu itu sendiri kerana semua nya perlu ada tekad dan usaha, pilih jalan masing2 yang dirasakan sesuai untuk diri masing2. kalau nak buat ini tak jadi, itu tak jadi jangan disalahkan produk, kerana produk itu sebagai pembantu, hasil akan datang dari usaha kita, kalau tak turun jugak mungkin ada silap dimana2 yang menyebabkan berat tak turun,...

dan yang pasti setakat ni Produk Alpha Lipid sesuai untuk
- yang sukar nak buat exercise
- yang suka makan
- yang nak cara senang
- yang memang terfikir macam mana nak makan makanan seimbang

*sedih tengok orang duk berbalah, masing-masing cuba nak menyalahkan kaedah lain semua tak betul..dan hanya terfikir mereka sahaja yang betul...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...