Pages

Banner

Saturday, December 1, 2012

MAHA 2012

Jumaat - 30 Nov 2012 aku berkesempatan juga membawa diri dan family ke sebuah pameran dan jualan yang biasa diadakan sekali setiap tahun. iaitu MAHA..

Bagus juga pameran ni, peluang untuk mereka yang bercita-cita nak jadi petani atau peladang moden. dan juga membuka mata anak-anak muda untuk menceburi bidang yang tak mungkin kita jangka. siapa sangka ada banyak benda baru dalam bidang agriculture yang mungkin semua orang ketingalan, sebab mengejar arus kemodenan. Aku baru follow satu blog ni tentang penternakan, cara yang dia bawa cukup berbeza kerana dia cuba mengetengahkan cara korporat dalam penternakan. Aku suka cara beliau, disamping menaiktaraf status penternak itu sendiri dan dalam masa yang sama cuba menjaga semua pihak yang terlibat dalam penternakan, pekerja mahupun binatang yang diternak itu sendiri. 

Ada gaya tak?


Tahun lepas dah pergi tapi tak sampai ke sini..cuma lepas bahagian tanaman je...tahun ni pergi bahagian ternakan jer...tanaman tak pergi pula. mungkin tahun depan kawasan lain pulak. Ok la tu setahun satu tempat. Luas tu...kalau nak jalan kaki..tak berdaya..kena naik bas..bas pun penuh..tengoklah gaya orang yang datang. nasihat ku untuk yang nak datang, walaupun dah lambat untuk tahun ni, mungkin berguna untuk tahun depan..pesanan buat diriku (buat simpanan dalam blog tahun depan boleh cari dan standby)

1. Datang waktu tengah hari..time ni jalan dah tak jammed banyak parking. (kalau datang pagi pun jammed jugak)
2. Bawa payung sendiri, kalau boleh bawa sorang satu...panas..sedap berpayung lagi..
3. kalau ada anak kecil bawa stroller, senang dia penat tak payah dukung..letih sebab jauh.

sempat menjengah ke beberapa kawasan yang mungkin menarik minat anak2. ladang kambing,lembu ayam, arnab dan kucing, kalau bawa ke bahagian tanaman, confirm lepas tu taknak ikut dah..antara banyak2 binatang tu yang menarik minat aku ialah 
ayam tu siap ada rantai kat kaki.fuh memang garang.agak2 orang melayu Islam boleh gantikan ayam sebagai peneman manusia la dan silap hari bulan boleh jaga keselamatan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...