Pages

Banner

Tuesday, May 6, 2014

Kehilangan sebutir bintang - Datuk Aziz Sattar

Negara kehilangan seorang lagi ahli bujang lapok terkenal tanah air. Wajahnya, dialognya, lakonannya pasti akan diingati.
Berbangga aku seketika kerana pernah hidup dizaman ketika arwah masih hidup. Sampaikan dalam upin ipin pun dia sempat bekerjasama. Seronok tengok drama upin ipin yang tu (episod - Kenangan Mengusik Jiwa)
Yelah, masa zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, tak sempat, dia meninggal 1972, 8 tahun sebelum kelahiran ku.
Begitu juga Arwah S.Shamsuddin juga aku masih sempat, dan sempat melihat telatah lakonannya disaat beliau masih hidup sehinggalah 2013. Walau dia tak dapat anugerah atau apa-apa pangkat sekalipun, dia tetap seorang yang berwibawa.
Teringat seorang kenalan yang merupakan cucu kepada arwah. Muka saling tak tumpah.
Didoakan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...