Pages

Banner

Friday, December 19, 2014

Bos oh bos

Lama tak update, sibuk dengan kerja lain, yelah kerja sendiri kan, so kena lah buat macam-macam, yang mana datang dan menguntungkan itu yang kita pulun.

Sekarang ni sibuk dengan projek dengan salah satu sektor kerajaan seluruh Malaysia, Alhamdulillah ada rezeki yang datang, bersama-sama team yang betul-betul komited.

Sebab apa komited? Yelah due date yang singkat, schedule yang ketat, dengan birokrasi dari pihak pejabat berkenaan yang tak boleh bertolak ansur dengan schedule, alhamdulillah sistem itu berjaya disiapkan mengikut jadual. Best bila dah siap...

Tapi nak dijadikan cerita, dalam pada nak siap tu, macam-macam hal, dengan schedule terpaksa berubah disebabkan oleh kekangan masa, manusia, keadaan semasa dgn cuti perayaan dan peristiwa dan sebagainya, tapi ada jenis makhluk ni tak faham...kita kena marah...huhu...isunya kenapa ubah schedule, kalau dah tahu schedule ketat?..huhu...takpe lagi, boleh bersabar, walaupun dah diberikan alasan yang paling munasabah...

Kita reschedule balik jadual pemasangan semua, supaya siap juga mengikut schedule asal, walaupun ditengah2 perjalanan ada pertambahan-pertambahan yang tidak dijangka, kita masih bertolak ansur utk cuba menjaga hubungan baik ini, akhirnya semua berjalan lancar dan pemasangan sistem siap seperti dirancang.

Namun masih ada satu dua kerja pertambahan di tengah perjalanan masih tergendala disebabkan kekangan tadi, barang tidak berjaya dihantar mengikut schedule...ialah kami bukan buat produk tu, kami order dari vendor lain dan mereka juga ada SOP masing-masing, bukan boleh main terjah nak ikut schedule korang, mentang-mentang korang government.

Huhu...dia faham dia bagi kita kerja, dan kita perlu ikut kehendak dia. Itu yang dia faham...sian my bos, last-last tak tahan kena guna kuasa undang-undang, tgklah mcm mana...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...