Pages

Banner

Friday, December 19, 2014

Business Online Bakal Meletup 2015

2015 dah hampir tiba...Dah bulan 12 ni dah macam nampak tahap ekonomi malaysia untuk tahun 2015 macam mana.

Bukan lah pakar sangat, tapi rata-rata dari kronologi sejak hampir sebelas bulan yang lalu, menampakan bahawa 2015 bakal ada kesan dengan ekonomi. Kalau pergi mana-mana shopping complex pun dah banyak nampak kedai untuk disewa semakin banyak.

Walaupun gaji tak naik, dengan alasan business tak bagus bagi sesetengah company, menyebabkan takde kenaikan untuk tahun depan, dan atas alasan itu ramai yang tengah cari kerja sampingan untuk menampung kos sara hidup, tapi tak berhenti kerja, sebab takut susah pula nak dapat kerja lain.

Dan salah satu business yang bakal dicari ialah business Online, sebab ini antara business yang paling mudah, dan tak perlu modal yang besar untuk dimulakan dan yang paling cepat untuk dapatkan prospek terutama melalui Facebook.

Mungkin dulu tak ramai orang minat nak buat business, tapi bila keadaan ekonomi yang memerlukan kita berbelanja lebih dari biasa, tapi keadaan gaji yang tidak meningkat, menyebabkan ramai yang mula mencari kaedah sampingan menambah pendapatan.

Orang dah mula berkira-kira, walaupun dalam berita menyatakan bahawa harga Ron95 akan turun dibawah RM2 sekalipun, orang tetap akan mencari kaedah untuk tambah kerana kos sara hidup bakal meningkat dengan GST pula, dia turun kat satu part, tapi dia kutip kat part lain pula yang lebih banyak sebenarnya (dari segi kuantiti). Malas nak buat kira-kira kat sini, korang kira la sendiri.

Kat luar pun dah nampak macam semakin banyak gerai-gerai kecil menjual nasi lemak sebelah pagi dah macam cendawan tumbuh selepas hujan, bagi yang ada skill memasak ok, cuma mereka perlu korbankan masa berbanding mereka yang buat online business. Tapi itu semua terpulang kepada skill masing-masing.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...