Pages

Banner

Monday, May 28, 2018

Hari yang ke-19 Malaysia Baru : pucuk kepimpinan UMNO takut kehilangan kuasa dalam parti

Alhamdulillah dah masuk hari yang ke-19 dalam kerajaan Pakatan Harapan, ada nampak wajah perubahan terutama dalam media, antara yang telah lama aku tunggu. selalu takkan pernah nak nampak parti lain akan berucap atau memberi komen dalam media utama malaysia, kini ada perubahan.

Cuma masih ada sisa-sisa yang masih belum berubah, UMNO. masih kekal bongkak dan sombong. andai kata mereka redha dengan kekalahan ini, bukan begini lagaknya, mencari silap Kerajaan PH memang di akui itu tugas pembangkang, namun rakyat memerhatikan bahawa, ini bukan masanya untuk mereka menunding jari menyalahkan PH dalam pentadbiran yang tak sampai sebulan pun lagi. Usaha yang perlu di buat ialah menyatukan semula komponen BN dan UMNO khususnya yang lebih penting. Atau sebenarnya mereka masih belum sedar tentang kehendak rakyat, khususnya akar umbi UMNO.

Image may contain: 1 person, standing, sitting and indoor
-sumber gambar Malaysia kini

Di tambah kemelut Perlis. Disini juga kelihatan pucuk pimpinan negeri masih dalam keadaan "mood" sombong dan gila dengan "Jawatan" dan pangkat. Sembrono melanggar titah Seorang Raja, yang mana dibelakang Raja ini adalah Rakyat kebanyakkan yang menyokong. Disini juga dapat dilihat bahawa prihatin nya seorang raja terhadap Negeri di bawah pemerintahannya, biarpun kemengan berpihak kepada UMNO dan BN tapi ada status atau tugas sang Raja yang perlu diakur. Sukar sebenarnya mengikis mindset yang telah lama terpahat dalam pemikiran orang-orang UMNO nampaknya, khususnya kepimpinan tertinggi yang terbiasa dengan jawatan dan pangkat, sehingga merasakan orang lain perlu mengikut kehendak mereka, kerana terbiasa dengan keadaan ramai yang mengikut.



sumber gambar ; https://www.malaysiakini.com/news/427055

Aku setuju dengan gaya dan sikap YB KJ. Akur dengan kehendak rakyat dan menerima dengan hati terbuka. dan terus melihat ke depan, dengan gaya bahasa yang menampakkan profesional seorang YB, yang terus tunduk dan tidak menyalah kan kerajaan PH dalam kekalahan ini, dan hampir tidak pernah kedengaran mengutarakan untuk mengkritik Kerajaan PH dalam masa terdekat ini. bukan tak boleh tapi keadaan nya berbeza jika terlihat masih menunding jari melihat kesalahan pihak lain. Syabas KJ.

Sumber gambar : https://www.malaysiakini.com/news/424833

Banyak idea yang dia utarakan untuk memulihkan semula UMNO, ini yang sebenarnya rakyat mahu dengar dari parti UMNO dan BN buat masa ini. Bukan mencari kesilapan Kerajaan PH yang baru sebulan, biarpun nak menilai manifesto. Untuk apa yang berlaku dalam kerajaan PH, biar lah mereka laksanakan kerja mereka, ada tempoh 5 tahun lagi untuk menilai. Pulihkan dahulu kepimpinan UMNO, atau sebenarnya ramai kepimpinan UMNO takut dengan idea KJ? takut akan kehilangan jawatan dalam pucuk kepimpinan parti?

Seandainya mereka ini benar-benar gentleman, mereka akan mengajak rakyat untuk biarkan kerajaan PH memerintah, tanpa perlu melihat kepada manifesto pun, seandainya perubahan yang di bawa adalah ke arah kebaikkan, tak mustahil, PRU 15, BN akan menang dengan penuh bergaya tanpa perlu ada unsur-unsur perkauman dalam memenangi PRU15. Rakyat kita bukan seperti rakyat dahulu, yang perlukan ilmu ini melalui suapan. mereka dah pandai mencari.

Kekalahan BN bukannya kerana menangnya Manifesto PH, ada yang tidak peduli pun berkenaan manifesto, tapi rakyat muak dengan sikap dan perangai BN dan UMNO selama ini. Itu sahaja, mereka mahukan perubahan, bukan apa yang dicanang oleh UMNO dan BN tentang keburukan orang lain sahaja di media social, media arus perdana, elektronik dan cetak sehingga tak nampak waktu untuk pihak lawan membela diri, seolah olah mereka sahaja yang betul.

Rakyat perlukan YB dan parti yang gentleman, kalau ini ada, sudah cukup bagus, dan mungkin BN dan UMNO menang besar. Tak perlu jadi panglima atau tunjuk kuat depan media.


Mohammad Nizam
Pemerhati politik dari atas pokok.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...