Pages

Banner

Tuesday, January 15, 2013

Sharifah & Listen listen listen listen

Fuhh..panas cerita ni hari ni..sebab ramai yang update di facebook berstatus listen. Aku pun mencari dalam google apa tu yang dikaitkan dengan Listen dan akhirnya terjumpa link ni. Click sini. walaupun sebenarnya aku tak minat bab-bab politik ni, tapi bila melibatkan institusi pendidikan aku terpanggil pula nak tulis.

Forum yang telah diadakan beberapa bulan lepas dari beberapa sumber, dan baru sahaja di upload ke Internet semalam, dari sumber yang aku dapat.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan Sharifah yang memotong apa yang cuba diperkatakan  oleh Ks Bawani. tersebut. Kebetulan tajuk forum itu juga berkaitan dengan suara Mahasiswa. Dan dia juga seorang moderator yang mewakili NGO selaku Presiden (SW1M), tidak memberi contoh yang baik untuk mengiyakan tajuk Forum tersebut.

Dan sepatutnya sebuah NGO tidak patut untuk berada disebelah mana-mana parti politik pun, sehingga perlu untuk membuat kan isu mengangkat sumpah dengan isu keamanan, itu juga salah satu kaedah yang menampakan ia ada penglibatan politik.

Ternyata KS Bawani telah didedahkan dengan satu fakta yang cukup jelas, sehingga beliau dapat menerangkan dengan terperinci setiap billion yang kerajaan perolehi vs Perbelanjaan kerajaan dalam pendidikan Negara. Bawani telah menggunakan ruang forum dengan sebaiknya iaitu bersuara walaupun itu bukan tempatnya untuk bertanyakan status isu PTPTN, Aku pasti dia juga tahu, dia takan dapat jawapan yang jelas, tapi memandangkan ruang itu dibenarkan untuk bersuara, jadi dia gunakan.

Cumanya, sebagai seorang yang pernah menjadi sebagai seorang pelajar, kita juga tahu, mereka sebenarnya masih dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang ketua seperti kita satu hari nanti. Dan tak mustahil ramai yang sebenarnya sedang menjadi pemerhati, dengan mendengar dan belajar. Dan mereka ini juga telah terdidik untuk menjadi seorang yang radikal untuk tidak mendengar secara tidak langsung. Adakah itu pendidikan yang kita cuba terapkan di institusi pendidikan tinggi?

Apalah salahnya kalau kita menjawab

"Ok isu PTPTN saya tak boleh jawab, itu isu besar, itu isu Kerajaan, cuma kita disini cuba belajar untuk menjadi seorang mahasiswa yang boleh berbakti kepada Agama Bangsa dan Negara dalam menerapkan prinsip-prinsip rukunegara dan sebagainya. Mungkin ini bukan tempatnya untuk saudari Bawani bertanyakan soalan itu, tetapi satu usaha yang bagus kerana dia telah berani bersuara, sebab kita sememangnya dibenarkan untuk bersuara dan memilih, itu pilihan kita." 

boleh tak? Mungkin dia boleh buat lagi Ilmiah la, sebab dia lagi tinggi belajarnya. Kenapa kita perlu perbesarkan isu yang bukan bidang kuasa kita,dan sekaligus nak memastikan mereka supaya terus menyokong apa yang kita sokong? kalau begitu, dimana bebas nya memilih parti politik di Malaysia, dan apakah hak bersuara? Kalau dia dah pilih parti lain tak boleh belajar disitu? camon lah.

Kita semua tahu, semua orang sayangkan Negara Kita Malaysia. Agak-agak lah.kalau kita jawab sebegitu, adakah isu ini akan jadi panjang, panas atau sensasi? Aku percaya, kalau itulah jawapannya, Bawani tu akan terus duduk, terpinga-pinga kerana soalan nya memang ternyata ditempat yang salah. Ini isntitusi pengajian tinggi, sepatutnya tidak berpihak dengan mana-mana parti politik. Tapi hakikat di Malaysia...anda dengar..anda baca..dan anda nilai...

"Bersihkan Institusi pengajian dari Politik"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...